Q : Apa itu Vivix
A : Vivix adalah
campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari
bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan
positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*
Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix
A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient
proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida
yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih
berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding
resveratrol tunggal*
Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?
A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang
ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan
beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine
dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic
yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan
menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur Muscadine
juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil
fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat,
yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur
lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.
Q : Apakah polifenol?
A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan
sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi
memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian
menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi
sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan
manusia *
Q : Apakah resveratrol?
A : Resveratrol adalah
sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan,
biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur
seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati
berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal
dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa
resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan
pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang
mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan
kadar metabolisme *
Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?
A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak
resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%,
dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian
saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol
kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari
anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih
menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada
resveratrol*
Q : Adakah Vivix produk antioksidan?
A : Vivix
mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi
kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu,
ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*
Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?
A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya
selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum
diminum.
Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?
A :
Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari
mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh
setiap hari.
Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?
A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan
Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti
Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik
kepada pilihan gaya hidup sihat.
Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?
A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana
bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai
langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah
pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang
mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.-
membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan
profesional.
Q : Adakah saya perlu menyimpan Vivix dalam peti sejuk?
Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk
mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum
dalam produk.
(sumber )
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan